Monday, April 5, 2010

Sejarah Pra Sekolah




Prasekolah SK Kampong Banting ditubuhkan pada tahun 1992. Dibina di blok
B yang mana bangunan itu telah dirasmikan pada 18.07.1968 (Selasa) oleh YB Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Guru Prasekolah yang pertama ialah Puan Islahiah binti Ismail dan pada ketika itu beliau dibantu oleh Puan Siti Zayuna. Puan Islahiah mengajar di prasekolah ini sehingga tahun 1995. Pada awal penubuhan prasekolah, bilangan murid kurang menggalakkan lebih kurang 10 - 15 orang murid sahaja. Ini adalah disebabkan kurangnya pendedahan tentang prasekolah kepada masyarakat kampung pada ketika itu.

Bermula dari tahun 1996, Prasekolah telah diambil alih oleh Puan Anita binti Abd. Manaf kerana pada waktu itu Puan Islahiah berpindah ke SK Tun Dr. Ismail. Puan Siti Zayuna masih meneruskan tugasnya sebagai p[embantu sehingga tahun Jun 1998. Kemudian tugas beliau telah diambil alih oleh Puan Noraisyah binti Amir Ajil yang bertugas mulai 1998 hingga jun 1999. Sekali lagi berlaku pertukaran pembantu yang mana tugas telah diserahkan kepada Puan Ruzanah binti Marsad mulai Julai 1999 sehingga kini.

Berkat usaha dan kegigihan Puan Anita memperkenalkan dan membimbing murid Prasekolah, bilangan murid semakin meningkat. PErnah berlaku bilangan murid telah melebihi kuota sebenar yang dibenarkan iaitu 25 orang sahaja. Ia berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dimana bilangan murid mencapai hingga 35 orang murid.

Di bawah pengurusan Puan Anita, Prasekolah SK Kampong Banting pernah menerima penghargaan Pengurusan Terbaik peringkat Negeri Selangor pada tahun 2000. Menewaskan pencabar utama iaitu Prasekolah SK Bagan Terap.

Pada tahun 2003, SK Kampong Banting telah tersenarai di antara sekolah akan menerima pelupusan kelas. Ini bermakna mulai tahun 2003, SK Kampong Banting mempunyai 2 kelas prasekolah. Kelas kedua ini telah diuruskan oleh Puan Suraya binti Sani dan dibantu oleh Puan Masniza binti Sampol. Oleh kerana pertambahan kelas, maka pendaftaran murid yang berumur 5 tahun telah diterima bagi memenuhi kuota murid bagi 2 kelas. Pada tahun 2005, Puan Masniza binti Sampol telah diserap ke jawatan tetap dan ditawarkan menjadi pembantu pengurusan murid.

Pada bulan September 2005, Puan Anita binti Abd. Manaf telah berpindah ke SK Dr. Latif dan kelas beliau telah digantikan dengan Puan Nor Asmah binti Dollah dari SK Dr. Latif. Pada September 2005, Prasekolah SK Kampong Banting yang dikenali dengan nama Prasekolah 1 dan Prasekolah 2 telah ditukar nama kepada Prasekolah Ibnu Sina dan Prasekolah Ibnu Al-Nafis.

Pada awal tahun 2006, Prasekolah Ibnu Sina menerima seorang guru baru menggantikan Cikgu Nor Asmah binti Dollah yang telah beralih ke bidang akademik. Beliau ialah Cik Ereny binti Mohd Saad yang berasal dari Raub, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Islam Bangi. Pertengahan bulan Jun 2006, Prasekolah mendapat peruntukkan menaiktaraf bangunan kayu ke bangunan batu. Kami dengan kerjasama dari semua warga sekolah mengosongkan kedua-dua kelas dan menumpang sementara di dalam Bilik Tayang dan Pusat Sumber sekolah. Pada 14 Julai kami diberi peluang memilih warna dinding bahagian dalam kelas.

Pada 14 Julai itulah dengan berat hati Cik Ereny binti Mohd Saad melepaskan tugasnya di Prasekolah Ibnu Sina sebelum bertukar ke Prasekolah SK Sekendi atas sebab keperluan. Tempat beliau diganti oleh Encik Shamizan bin Shafea, graduan dari Maktab Perguruan Perlis. Beliau mempunyai ijazah Pendidikan Prasekolah dan Muzik.

Pada bulan Oktober, projek menaik taraf bangunan Prasekolah telah siap. Banyak perubahan yang Prasekolah perolehi hasil pengubahsuaian tersebut. Antaranya ialah stor baru dibelakang bangunan dapur, keseluruhan kelas telah diubah kepada dinding batu, baikpulih kedua-dua tandas dan mendapat penutup longkang besi. Proses menaik taraf ini banyak mendapat bantuan dari pihak pengurusan terutama Cikgu Abdul Air bin Soroji iaitu GPK Ko-kurikulum ketika itu.

Wikipedia

Search results