Monday, April 5, 2010

Pengenalan Pendidikan Khas





Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Banting telah bermula ditubuhkan pada 03 Januari 2006. Program ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada golongan ibubapa di kawasan ini. Bermula dengan jumlah 3 orang murid, semakin meningkat jumlah murid yang mendaftar dan memohon kepada 8 orang pada tahun 2007, 13 orang pada tahun 2008 dan kini 10 orang pada tahun 2009. Mereka semua adalah terdiri daripada masalah pembelajaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kamnpong Banting telah membuka kelas 2 kelas untuk mereka. Kelas tersebut diberi nama dengan kelasa pendidikan khas 1 adalah untuk mereka yang masih lemah dalam mengenal huruf dan kelas pendidikan khas 2 adalah untuk mereka yang sudah boleh membaca dan menulis.

Adalah dengan ini, kelas pendidikan khas masih belum mempunyai kelengkapan pembelajaran yang sempurna untuk menjalankan atau melaksanakan aktiviti pengajaran murid-murid ini. Selain itu infrastruktur bangunan seperti tandas untuk kemudahan murid yang tidak sempurna telah menyukarkan murid dan guru. Ini menyebabkan adakalanya waktu pembelajaran terganggu.

Sehubungan dengan ini, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Banting amat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada pengurusan sekolah, PPD, Unit Pendidikan Khas JPNS dan KPM untuk terlibat sama melihat dan mambantu memberikan apa jua bentuk bantuan serta sokongan untuk mengatasi masalah dan kelemahan program ini. Semoga dengan ini keperihatinan daripada semua pihak membantu golongan berkeperluan khas ini dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Khas.

Wikipedia

Search results