Tuesday, April 6, 2010

Halaman Utama

KATA-KATA ALUAN

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Banting. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.


Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat, tepat dan mudah. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SK Kampong Banting.


Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dan berkomitmen dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan dan dorongan padu yang telah diberikan.

Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah, jabatan pendidikan dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web SK Kampong Banting.

No comments:

Wikipedia

Search results